Oct 16, 2010

Pokok Betik Sekaki dan Betik Kampung di Halaman Rumah

Jan 2010. Pokok betik sekaki ini ditanam dari biji buah betik yang dibeli dipasar buah.  Masa mula-mula tumbuh dan berbunga, tapi tak berbuah, terus kena tebang kat pangkalnya.  Geram sangat tengok batang dah tinggi tapi masih tak berbuah.  Lepas kena tebang tu, tumbuh 3 cabang pucuk betik.  Buang satu, tinggal dan besarkan lagi dua cabang.  

Anak2 ikat tali antara dua cabang betik dan main buaian.  Satu cabang terus patah dan mati, alhamdulillah tinggal satu lagi untuk teruskan hidup.

Syukur akhirnya ada antara bunga yang terus menjadi putik buah.  Putik buah pertama ini muncul pada awal bulan Jun 2010, sebelum kami pergi umrah.  Balik dari umrah 3 minggu kemudian, alhamdulillah putik tu tak gugur, malah membesar menjadi buah.  Dan ada banyak lagi buah2 betik yang mucul selepas tu.  Mungkin hujan yang turun sepanjang Jun membawa rahmat pada pokok betik ini.




Buah2 betik menjadi lebih besar, malah ada antara buah2 seterusnya, membesar lebih cepat dari buah pertama.  Tapi tenaga yang banyak diguna untuk membesarkan betik ni, membuatkan putik2 baru tak menjadi.  Yang tak besar-besar, batang pokok betik.  Kurus macam nak patah nampaknya.   

Buah sulung yang paling bawah

Adik2 dah lagi besar dari buah sulung


Oktober 2010.   Anak2 asyik bertanya, bila la buah betik ni nak masak. Akhirnya 4 bulan selepas berputik, buah betik kami yang pertama masak juga. 

Tak sempat buah tu nak merah sempurna, anak2 dah merayu minta dipetik dan dimakan juga.   Masing2 berjanji kalau buah masih belum masak atau keras pun, mesti makan sampai habis.

Sebaik betik dibelah, hmm amazing tak ada biji langsung.  Tapi tak dapatlah nak tanam anak2 betik lagi.  Warna buah sangat cantik, walaupun masih belum cukup kemerahan.  Agak keras sikit isinya, tapi dah manis.  Kalau tunggu sehari dua, mungkin dah cukup sempurna warna, isi dan manisnya.  

Betik sekaki ni masak elok, crunchy, manis dan tak lembik.  Buah yg dibiar semalaman lepas dipetik agak lembut sikit isinya, tapi sesuai untuk dimakan golongan kanak2 dan orang tua tak bergigi.


Lebam dalam buah tu sebab adalah tangan2 yang tak sabar nak tekan. (Buah2 yang kemudian semua ada biji).


Update Ogos 2011:  Semasa buah2 betik tu membesar dan masak, semua bunga baru dan putik gugur.  Bila dah habis semua buah musim pertama masak sekitar Disember 2010, pokok berehat kejap.  Kemudian pada April 2011, barulah bunga2 musim baru menjadi putik dan membesar.  

Bulan Ogos 2011 dan kebetulan bulan Ramadhan, buah2 betik kali ini pula masak sebiji demi sebiji.  Mana nak habis makan masa berbuka, jadi semua buah2 tu diderma ke sana sini.  Kali ini semua buah masak dalam masa sebulan lebih aje. Semasa 2 biji buah betik masak serentak, seorang pemotong rumput Bangla minta sebiji yang besar, katanya kawan2nya ramai. Ambiklah.

Ada seekor musang yang rajin bertandang dan korek beberapa biji betik yang belum cukup masak.  Bila buah dah terbuka tu, datanglah burung2 dan tupai ikut sama makan sampai habis.  Banyak pula biji benih yang jatuh ke tanah dan saya pilih beberapa anak pokok yang kuat untuk ditanam semula dan dibawa ke Pulai Indah.   Di laman rumah ni, saya tanam 3 anak betik di Pulai Indah pun ada 3.

Anak betik sekaki dibesarkan di dalam pasu sebelum dipindahkan ke kebun


Ada satu lagi pokok betik yang sedang berbuah lebat di laman rumah.  Tapi pokok betik ni betik kampung rasanya, sebab benih dibawa oleh burung atau musanh ke sini.  Saiz buahnya kecil, separuh dari saiz buah betik komersial seperti di atas.  Buah betik kampung ini cantik rupanya kalau masak ranum, tapi isinya lembik dah pecah2.   

Contoh gambar dibawah.  Buah kedua dari bawah, dah boleh petik bila kuningnya dah sama banyak dengan hijaunya.  Masa ni rasa dah manis tapi masih crunchy,  belum lembik lagi.

Pokok betik kampung ini berbuah dan masak tak berhenti2, jadi kami derma aje pada  sapa2 yang teringin dan burung2 yang sudi bertandang.

11 comments:

Peter Khiew said...

Good article. My papaya tree macam tak jadi. Buahnya kecil tukar warna jadi kuning kemudian gugur. Boleh beri nasihat. ? Pokok baru tak pernah berbuah.

mysmallgarden said...

hi Peter, maaf lama tak masuk sini. Pokok betik sangat2 perlukan cahaya matahari tanpa terlindung, tanah organik, dan air yg banyak.

Beberapa putik pertama gugur perkara biasa, tapi kalau dah lebih dari 10 putik gugur, mungkin tanah tak cukup baja/bahan organik/air.

Cuba tengok daun papaya, adakah tak sihat, kecil dan kurus, atau sangat sihat, besar, dan lebar. Kalau daun sangat sihat tapi tak berbuah juga, maknanya kurang zat yg diperlukan untuk pembuahan.

Tapi kalau daun pun tak sihat, gemburkan tanah dan tambah bahan organik (daun2 kering2 dll campur dengan baja organik), serta selalu siram, untuk kuatkan akar pokok dulu.

Kak Teh @ Sentul said...

Pokok papaya saya dah mula berputik tapi gugur sebelum sempat kembang. Daun-daun sangat sihat, hijau dan gemuk.
Baru pertama kali berputik pun tapi sedihalah bila gugur sebelum berbunga pun.
Apa baja yang sesuai untuk lekat putik?

Unknown said...

Pokok betik saya membesar dgn byknye tapi dah 4bln x masak2 pening memikirkannye.ade yg nak berbunga lg tapi buah yg mula2 x masak2 mmg lame ke nak msk

Mr apologize said...

pokok betik ada jenis jantan dan betina ...yg bunga jantan tidak akan berbuah dan bungabbetina yg berberbuah namun saiz kecil dan dan perlukan pokok jantan nisbah 7:3 .....pokok yg terbaik dan hasilkan buah yg baik dan saiz komersil ialah bunga 2 jantina atau hermafrodit.....buah besar lonjong dan isi yg baik....insyallah blh kita kongsikan ilmu sama2...

Mr apologize said...

jgn risau ianya akan masak....

mysmallgarden said...

Saya cuma gunakan baja organik sahaja, baja tahi kambing tabur sekaki dari pangkal betik, 2 minggu sekali. Yang paling penting tanah genbur dan air yang cukup. Insyaallah putik2 baru akan menjadi buah akhirnya.

AfizAmzah said...

kenapa bahagian pucuk batang pokok mengecil.. bagaimana cara mencegah dan mengatasinya.

juliana said...

Kalau pokok dah tinggi boleh tebang ya? Nanti akan keluar tunas baru?

mysmallgarden said...

Samada pokok dah kena serangan kulat atau akar dah rosak, Betik kena tanam di tanah yang saliran air baik, tak boleh bertakung.

mysmallgarden said...

Kalau akar masih elok, batang yang dicantas akan keluarkan tunas2 baru.