Oct 16, 2010

Kolam Ikan 2010

Februari 2010:
Kemarau dah 2 bulan. Kolam ikan pun terpaksa dikering dan dicuci sebab dah tak larat asyik bersihkan kolam dari daun2 kering, ranting2 reput dan bunga2 dari pokok besar kat tepi jalan. Semua benda tu akan berkumpul dan buat air jadi masam dan busuk kalau tak dibersihkan.


April 2010:
Minggu ni alhamdulillah, hujan dah turun beberapa kali. Kolam pun dipenuhi air hujan. Dua kali dicuci, campur sabun, dan cedok air buat siram pokok. Semalam lepas hujan,  bersihkan aje sampah2 tapi tak buang air kolam dan masukkan semua ikan guppy (5 jantan 4 betina) ke dalamnya.



September 2010:
Dah dekat sebulan kemarau, hujan sekali sekala je.  Sejak si bungsu Habel masuk ke dalam kolam semasa ummi  cuci kolam, rasanya ada beberapa tempat dah bocor, mungkin tekanan berat ditambah bahan dah lusuh.  Sebab sejak tu, air tak pernah penuh.  Waktu hujan lebat aje penuh, tak sampai sehari, dah surut.  Jadi lapik kolam diganti baru.  Malangnya saiz tikar getah tak cukup lebar, dan terpaksa disambung dengan gam.  Rasanya tak betul2 lut air, sebab masalah yg sama terjadi, air yang mula2 penuh cepat aje surutnya.





Paras air dah takat ni je

December 2011:  
Akhirnya kolam ikan terpaksa ditingga;lkan sebab kami akan pindah ke Pulai Indah.  Ada 3 ikan keli dan satu ikan bandaraya dalam tu.  Katak pun selalu bertelur  dan jadi berudu, jadi tiada masalah makanan.   Mudah-mudahan penghuni baru kuarters akan sayang kolam ini dan jaganya dengan baik.

Hari2 terakhir sebelum ditinggalkan

No comments: