Bunga kertas ni sentiasa berbunga lebat semasa diletakkan di dalam pasu kecil. Bila
dipindahkan ke pasu besar, pokoknya terus membesar dan berdaun lebat, tanpa bunga.
Bunga kembang Sari Cina warna pink muda dan pink tua ni dulu tumbuh subur
di atas tanah. Satu hari seorang tukang kebun kontrak sudah meracun rumput - rumpai
keliling pokok termasuk di bawah pokok sekali. Hasilnya, pokok bunga yang sedang
subur ini semakin layu dan akhirnya mati. Tinggal bunga putih aje sekarang.
Bunga kuning yang tumbuh liar di sekeliling rumah
Sempat makan buah ceri ni beberapa kali sebelum pokok mati selepas dipangkas
sampai ke pangkal.
Benih ulam raja kuning berlapis ini dapat dari jiran tahun 2002. Bertahan dan beranak pinak sampai tahun 2009. Pokok terakhir mati tanpa sempat keluarkan biji benih, sayang betul.
Bunga ulam raja oren ni dibeli di Sungai Buluh, Selangor. Sempatlah keluarkan biji benih beberapa kali dan ditanam dalam pasu. Pokok di atas ni adalah generasi pertama selepas pokk induk mati.
No comments:
Post a Comment