Oct 16, 2010

Pokok Kedondong Tahan Lasak

2009
Sebelum tanam kedondong ni, dah selalu nampak pokok ni ditanam di kawasan perumahan dan sentiasa berbuah. Tak pernah buah makan kedondong segar, selalu makan yang dah dijeruk.

Belakang rumah takde pokok lagi, memang cahaya matahari masuk terus dalam rumah waktu pagi. Pastu belakang rumah pun ada projek pembinaan pejabat, alahai dekatnya sepelaung aje. Wajib ditanam sesuatu yg besar dan melindungi di situ.

Tanahnya luas tapi sangat keras dan berbatu. Beli cangkul, cangkul pun patah. Terpaksa korek tanah pakai parang, memang jumpa batu je. Tanah2 pun yang terselit di celah batu. Ada ke pokok yang tahan lasak dan boleh hidup di sini?

Anak kedondong pun ditanam, sebab nampak macam ada ciri2 lasak dan kuat tu, tanam Mac 2009.  Masa mula-mula tanam memang siram air pagi petang setiap hari.  3 bulan kemudian, pokok kedondong yang baru dua kaki  tinggi dah berbunga.

tanam anak kedondong di tanah keras berbatu

gugusan buah pertama, berbunga 3 bulan
 selepas ditanam

2010
Akibat kemarau panjang pada akhir tahun 2009 sehingga awal 2010,  pokok kedondong yg tahan lasak ni hampir dilupakan.  Siram pun dah tak pernah, sebab lebih pentingkan survival pokok2 lain yg lebih lemah.   Akhirnya semua daunnya dijangkiti penyakit whiteflies, benda putih kecil melayang2 macam biji benih, dan buat sawang putih banyak2 di bawah daun.  Untuk selamatkan pokok, semua daun telah dibuang dan dibakar, dan beberapa dahan dicantas. Bagi pokok tu berehat dulu.   Tapi kedondong ni memang survivor, kemarau pun tetap bertahan, tetap berbuah macam biasa.

2 minggu selepas kedondong  digondolkan 
 

Tak sampai sebulan, whiteflies pun dah hilang. Kena pula musim hujan, hampir semua pucuk dan dahan dipenuhi dengan putik2 bunga dan daun baru. Macam musim bunga di negara 4 musim pulak.  Sebulan kemudian, bunga2 tadi pun bertukar jadi putik-putik kecil kedondong.  Dari semasa ke semasa, putik2 bunga sentiasa keluar setiap kali pucuk baru keluar.







JERUK KEDONDONG


Pokok kedondong ni sentiasa berbuah tak berhenti2, jadi ummi buat jeruk semua buah tu.  Petik sebelum kedondong bersabut sebab senang nak potong dua.  Kupas kulit buah.  Jerangkan satu periuk air bersama gula merah atau apa2 manisan, cili, sedikit garam, dan asam keping atau jus limau nipis.  Rasa pedas, manis dan masam ikut suka. 

Dah pekat kuah tu agak2 cukup satu botol, matikan api dan masukkan buah kedondong ke dalam periuk.  Kalau tak mau buah kedondong jadi masak, masukkkan semasa kuah dah sejuk.  Bila kuah dah sejuk, baru simpan dalam botol jeruk.


Sedia untuk dibuat jeruk


Update:  Disember 2011   Selamat Tinggal Kebunku

Dah 3 kali sempat buat jeruk, dan selepas ni saya akan buat jeruk terakhir sebelum kami berpindah keluar dari sini.   Rumah ini dan kebun ini hanya sementara, sampai waktunya kena pergi.  3 tahun duduk sini, saya sempat tanam dan merasa berbagai jenis buah termasuk kedondong.  

Tanah belakang rumah yang dulunya keras berbatu dan bersimen kini dah dipenuhi dengan pokok buah-buahan seperti kedondong, mangga, pisang, belimbing besi, rambutan,  4 rumpun tebu,  kantan pink, merah dan putih, 12 rumpun nenas, dan pokok2 hiasan berdaun.

Satu dari 4 gugusan buah yang bakal dibuat jeruk.
      

Selamat tinggal kebun yang kusayang.  



No comments: