Oct 19, 2010

Pokok Mangga Chokanan

Mac 2009: Semasa mula-mula pindah masuk, tanah belakang rumah sangat keras, kering kontang, dan tak ditanam satu pokok pun.  Yang ada cuma rumput aje.  Nak cungkil tanah kena pakai parang, cangkul tak lut langsung.  Teringin nak tanam pokok mangga, beli sepokok yang tak diketahui jenisnya, cuma cam daunya tirus dan runcing.  Ada orang kata itu mangga epal.

Siram air banyak2, pastu cungkil - cungkil sampai bermandi peluh, akhirnya dapatlah lubang cetek 1 kaki persegi aje, cukup-cukup untuk letak sepasu akar pokok mangga.  Tabur segenggam tinja kambing di sekelilingnya.  Alhamdulillah hidup juga pokok mangga tu di bawah terik mentari, hingga akhirnya berbunga dan berbuah 3 bulan kemudian.  Rezeki namanya.



Musim pertama, ada 3 rumpun bunga mangga.  Setiap cabang berjaya menghasilkan sebiji buah aje, dan dari 3 biji buah tu, cuma sebiji aje yang berjaya bertahan sampai masak ranum.  Manisnya, rangup dan segar.  Lepas buah matang, barulah nampak rupanya saling tak tumpah buah2 mangga Chokanan yg banyak dipasaran.

Mac 2010:  Pokok mangga chokanan berbunga bagi musim kedua.  Setiap rumpun berbunga pada masa berbeza.  Kali ni dah beli kamera digital, bolehlah rakam setiap saat penting.  Gambar di bawah diambil pada hari yang sama, menunjukkan 4 rumpun putik bunga dalam berbagai peringkat.  Rumpun pertama baru nak keluar putik bunga, yg kedua putik semakin banyak keluar, rumpun ketiga dah keluar bunga, dan keempat  sesetengah kuntum bunga dah bertukar jadi putik buah.







Bukan semua putik bunga akan jadi putik buah, dan hampir semua putik buah pula akan gugur pada masa2 berlainan.  Ada yang gugur masa kecik lagi, ada semasa dah saiz guli, saiz telur ayam, sehingga akhirnya tinggal sebiji aje yang sempat besar sampai masak.  Tapi masyaallah rasanya sungguh sedap dan rangup, macam direndam dalam gula. Pokok ini kami tinggalkan pada tahun 2011 kerana pindah ke rumah sendiri.

Chokanan semasa kecil dan sudah matang


Di bawah ini pokok mangga di rumah nenek.   Pokok ni saya tanam semasa mengandungkan anak bungsu 7 bulan, bulan Ogos 2006.  Tahun 2008, pokok berbuah buat pertama kali. Selepas habis musim buah, saya cantas ranting2 untuk kawal ketinggian dan pembesaran pokok.  

Garisan merah tu tempat di mana dahan pokok di trim.  Jun 2009 semasa arwah atuk meninggal dunia, pokok mangga sedang berbuah sangat lebat buat kali kedua.



Tahun2 seterusnya sehinggalah pokok ini ditebang 10 tahun kemudian kerana mula dijangkiti penyakit, pokok ini sentiasa jadi latarbelakang gambar semasa hariraya.  Ini anak2 yang ditinggalkan di Malaysia semasa kami baru pindah ke Sydney.  Sekarang tempat ini nenek dah buat para pokok2 orkid kesayangannya.





No comments: