Feb 20, 2021

Pokok Bunga Cosmos - koleksi di Sydney

Biasa kita makan pucuk ulam raja. Di Sydney, ulam raja tumbuh lewat musim panas, dan kadang2 terus berbunga sebelum sempat nak ambil pucuknya, kemudian terus kering dan mati. 

Jadi saya ganti dengan ulam pucuk cosmos.  Pokok cosmos tumbuh awal musim bunga dan sekali lagi awal musim panas. Semasa musim bunga, ia cepat2 berbunga tetapi semasa musim panas, kita dapat makan  ulam cosmos sepuasnya kerana ia hanya berbunga semasa musim panas bertukar ke musim luruh. 

Biji benih cosmos panjang2 seperti biji benih ulam raja, tetapi lebih halus.  Tumbuh awal September dan bunganya mula berkembang sebulan kemudian, ketika suhu siang antara 20-25, dan malam  10-15°C.  Selepas berbunga antara 1-2 bulan, pokok ini kering dan mati. Benih-benihnya yang jatuh ke tanah terus tumbuh semula.






Sebulan selepas tumbuh, bila hari  semakin panas, antara Disember dan Januari, pokok ini subur dan gemuk dengan pucuk2 dan daun.  Ketika ini, pucuk daun cosmos saya buat ulam. Rasa dan baunya sama seperti ulam raja. 

Penghujung musim panas awal April, pokok cosmos berbunga semula. Pokok cosmos mulai kering dan mati bila musim sejuk bermula awal Jun. Kadang2 bunga mati tanpa sempat keluar biji benih, jika suhu jadi terlalu sejuk semasa musim luruh.





Cosmos Putih adalah warna kegemaran saya.  Bunga cosmos putih yang  berlapis2, dan yang bergerigi kelopaknya, adalah bunga yang sudah terubahsuai dari bentuk asalnya.


Ini antara warna2 cosmos di kebun saya.



Warna2 asal dari biji benih yang dibeli sejak 2017 adalah no 1, 2 dan 6.  Bunga 3, 4, dan 5 warna2 kacukan. Yang ada dikebun sekarang cuma bunga2 warna  1, 3 dan 6 sahaja.