Jan 9, 2016

Langkah2 Mudah - Putik Labu menjadi Buah

Saya dan keluarga dah berpindah ke Sydney. Mujurlah di belakang dan hadapan rumah ada tanah yang luas untuk teruskan hobi bercucuk tanam ni, kalau tidak boleh sasau....

Semasa  di JB dulu, saya pernah tanam labu tapi cuma berputik aje, tak pernah berbuah sampai masak.  Selepas pencarian di internet, barulah saya tahu, bunga labu perlukan bantuan pendebungaan untuk jadi buah. Kerana kekurangan ejen  serangga pendebungaan seperti semut.  Saya cuba debungakan bunga2 labu semasa di Sydney, dan alhamdulillah memang menjadi.

Saya tanam labu manis di belakang rumah, dan labu biru di laman depan.


Pokok labu manis yang ditanam di belakang rumah.


Di bawah saya sertakan langkah2 mudah untuk pembuahan labu. Sebelum itu, kenali dulu bunga2 jantan dan betina labu.

Pokok labu biru ini, ni saya tanam dari biji. Beli buah untuk makan, ambil biji dan terus semai di dalam tanah.  Pastikan tanah tu subur dan penuh bahan organik, serta kawasan tanah  luas untuk labu menjalar.  Selepas 2 minggu, labu mula mengeluarkan bunga2 jantan dan betina.

Anak pokok labu biru.


Putik bunga betina yang belum kembang.  


Bunga  labu jantan, tiada putik dibawahnya. Serbuk kuning halus itulah debunga jantan



Langkah Debungakan Labu:

1.  Ambil debunga dari bahagian dalam kelopak bunga jantan.  Kumpul debunga jantan dengan berus lukisan/gigi,  atau  patahkan dan ambil semua bahagian debunga bunga jantan kerana serbuk debunga sangat halus dan susah untuk dikutip.

2. Masukkan keseluruhan debunga tadi ke dalam kelopak bunga betina yang sedang kembang.    Kemudian ikatkan kelopak bunga betina supaya debunga jantan di dalamnya tidak terkeluar.

3.  Tunggu dan lihat 2-3 hari selepas itu.  Sekiranya putik mengecut dan layu, tandanya tidak berlaku pendebungaan.   Sekiranya putik semakin sihat dan membesar, pendebunggan berjaya dan buah sudah dihasilkan.


Putik bunga betina kecut dan layu adalah tanda pendebungaan tidak berjaya.  Dari pengalaman ummi,  pendebungaan labu  secara manual tidak berjaya kerana  beberapa sebab.  


1.  Pendebungaan dibuat selepas hari hujan.  Saya perhatikan selepas hujan,  tunggul  debunga jantan sudah licin, tiada lagi serbuk2 halus berwarna kuning.  Debunga sudah terpercik keluar dari kelopak bunga.   

2.  Pendebungaan dibuat lama selepas bunga betina kembang.  Sebaiknya pendebungaan  dibuat pagi2 sebaik sahaja bunga betina kembang.   Selepas itu, kadar untuk berjaya semakin kurang, apatah lagi bila kelopak bunga betina sudah kuncup.

3.  Debunga jantan terkeluar dari kelopak bunga betina.  Mungkin kelopak bunga betina tidak diikat kemas atau terbuka sendiri, maka debunga jantan mudah terkeluar dari kelopak.

4.  Pendebungaan telah berjaya, tetapi putik yang ke3 atau lebih pada pokok yang sama akan layu dan gugur juga sebab kekurangan zat yang telah diambil oleh buah2 senior.  Seeloknya hadkan sebiji atau 2 biji sahaja pada pokok yang sama.


  
Putik bunga betina semakin sihat dan segar tanda buah telah berjaya dihasilkan


Sudah sebesar mangkuk 


Buah labu biru yang hampir masak.

Kulit warna biru kelabu akan bertukar oren bila  sudah betul2 masak.  Ini jenis labu yang boleh membesar berkali ganda jika diberi baja dan suhu yang sesuai.   Di luar negara, kulit labu ini yang  dikosongkan dan diukir untuk dijadikan rangka lampu halloween.   

Labu biru tidak sesuai dijadikan lauk masak lemak  atau pengat seperti labu manis kerana isinya hancur di dalam kuah.   Ia lebih sesuai dilenyek untuk dijadikan pie, puding atau bingka.

8 comments:

Unknown said...

Tmakasih....saya dh pening dh sebln tunggu..tp buah ttp gugur...Insyaallah hari ini saya akn cuba praktikkan..saranan adik...

mysmallgarden said...

Mudah-mudahan Berjaya!

Daniel said...

Alhamdulillah berhasil berbuah sebiji pada setiap pokok. Saya singgah ke mari pun sebab nak tahu berapa buah dapat dihasilkan bagi satu pokok. Betul cakap sis, memang kalau berjaya pendebungaan lebih dari satu atau dua pada satu pokok, zat akan lebih tertumpu kepada buah sulung, n debunga yang kemudian akan kecut n luruh. Seronok sebab buah dah x cukup tapak tangan nak pegang. Thx sis

mysmallgarden said...

Alhamdulillah, seronokkan dapat ilmu Baru yang boleh terus dipraktikkan. Berjaya pula tu.

Unknown said...

Pokok labu sy mula² kluar bunga jantan sahaja lps tu baru kluar bunga betina maknanya tiada pendebungaan, patutla kluar putik saja lps tu luruh buah x sempat bsr.

Kak Pah Sibu said...

Alhamdulillah TK atas perkongsian ilmu..saya baru cabut pokok2 labu yg tanam suka2 byk bunga dan habis luroh..slh teknik rupanya sbb tak knal mnan bunga jantan betina..🤦‍♀️🥴

mysmallgarden said...

Insyaallah tunggu sikit masa lagi akan keluar bunga betina.

mysmallgarden said...

Boleh cuba lagi lain kali.