Pertama kali ummi tengok strawberi segar di ladang semasa di Canada. Sejak tu ummi bercita2 nak tanam strawberi sendiri.
Di Malaysia, ummi pernah tanam strawberi. Tapi tanpa ilmu dan pengalaman, strawberi pertama hampir mati sebelum ummi gantung bawah pokok, berhujan berpanas. Sejak tu hidup subur semula dan beranak pinak. Di negara panas, strawberi mesti disiram dengan air ais @ hujan, barulah dia boleh keluarkan bunga dan buah.
Di Malaysia, ummi pernah tanam strawberi. Tapi tanpa ilmu dan pengalaman, strawberi pertama hampir mati sebelum ummi gantung bawah pokok, berhujan berpanas. Sejak tu hidup subur semula dan beranak pinak. Di negara panas, strawberi mesti disiram dengan air ais @ hujan, barulah dia boleh keluarkan bunga dan buah.
Strawberi pertama di Sydney, ummi beli tahun 2015. Beranak pinak, sehingga ummi ada 40 pokok strawberi pada tahun 2016, dan hampir 200 pokok pada tahun 2017.
Julai 2016: Putik-putik buah semakin banyak.
Julai 2016: Putik-putik buah semakin banyak.
April 2017: sepanjang musim panas, strawberi tak berhenti membiak
Mei 2017: cari bekas2 polisterin untuk pindahkan anak2 strawberi
Mei 2017: Pasu-pasu juga sudah mulai dipenuhi anak2 strawberi
Jun 2017: Sebahagian dipindahkan ke batas
Jun 2017: Satu lagi batas, strawberi ditanam berselang seli dengan pokok bunga
Julai 2017: strawberi dalam pasu mulai masak
Ogos-Okt 2017: strawberi paling banyak masak ketika ini
Nov 2017: pokok2 mula berbuah buat kali kedua musim ini
Dec 2017: beli kamera baru, dapat zoom in buah2 strawberi masak dengan mudah
Buah2 strawberi Disember 2017
Ummi ambil keputusan untuk pastikan cuma pokok yang sihat sahaja akan hidup hingga tahun berikutnya. Jadi sepanjang musim panas dan kering (Januari - Mac 2018), ummi langsung tak jaga dan tak siram pokok2 strawberi di kebun. Sehinggalah banyak pokok yang mati kekeringan.
Bulan April 2018, hujan turun selama seminggu dan beberapa pokok strawberi yang nampak seperti mati mula mengeluarkan pucuk. Dari beberapa puluh pokok yang masih hidup, ada yang mula membiak dan beranak pinak terutama semasa hujan selama 2 minggu berturut2 pada awal Jun.
Akhirnya pada penghujung Jun 2018, musim sejuk di Sydney, sekitar 150 pokok strawberi mula hidup subur di kebun.
Jun 2018: batas kedua dari kiri dan batas terakhir menempatkan pokok2 induk dari tahun lepas yang hidup semula selepas hujan beberapa hari. Selainnya adalah anak2 dari induk tersebut. Selepas April, barulah ummi siram setiap hari supaya subur.
Masalah utama batas ini ialah setiap batas terlalu kecil dan sempit. Setiap kali disiram, air pasti akan mengalir terus ke longkang di kiri dan kanan batas. Berlaku pembaziran air, sedangkan batas tetap kering.
Julai 2018: untuk selesaikan masalah air, ummi mesti lebarkan batas. Caranya, satukan batas pertama+kedua, dan batas ketiga+keempat. Sebelum itu, ummi letak banyak2 dulu baja buatan sendiri di dalam longkang antara kedua batas yang nak disatukan.
Dan hasilnya seperti gambar di atas. Sebahagian besar air yang disiram dapat meresap terus di atas batas, dan sedikit sahaja yang terbazir ke dalam longkang.
2019: panas melampau, kemarau panjang dan jerebu hampir setiap hari di Sydney dan timur Australia, buatkan kebun umi tidak elok dan tak berapa menjadi tahun ini. Pokok2 kekal berdaun seperti pokok kaduk dan betik juga hampir mati, kotor dan berjelaga hitam daunnya akibat debu pembakaran hutan yang terbang jauh hingga ke tempat kami. Matahari dan langit nampak merah walau belum senja lagi.
2020: Syukur tahun ini Allah kurniakan hujan yang banyak sekali. Walau ada pokok2 kebun yang mati kerana akar busuk akibat terlalu lembab, tetapi pokok strawberi nampak sangat suka berada dalam hujan.
Antara bunga dan putik pertama 2020
Buah yang mulai masak terpaksa dikurung kerana slug membuak semasa musim hujan
Batas utama mula berputik
Batas besar. Di sini saya kumpulkan anak2 strawberi yang tumbuh merata untuk hidup.
Masalah besar tahun 2020 ini ialah slug yang menjadi2 banyaknya kerana sukakan wet and cool. Sebab tu mana2 buah yang terjaga, akan dikarung dalam tali plastik ini.
No comments:
Post a Comment