Ummi suka tanam dan makan pokok pegaga kampung sebab rasanya lebih sedap dari pegaga air. Pokok ni mudah tumbuh di pasu yang lembap dan berair. Ini pokok pegaga kampung yang ummi tanam di Pulai Indah, Johor. Akarnya ummi dapat semasa beli pegaga di pasar besar Taman U, Skudai.
Ummi cabut satu pokok yang rumpunnya masih kecil dan terus tanam di dalam pasu. Selepas tumbuh beberapa daun baru, barulah ummi perasan daunnya agak tebal jika dibandingkan dengan pegaga kampung dan pegaga air di Malaysia. Tak berani pula nak makan. Ummi namakan pokok ni pegaga Australia sementara nak cari nama sebenarnya. Tapi baunya memang sama dengan bau pegaga yang biasa kita makan.
Tak sangka semasa berjalan2 di kawasan hutan di Sydney, ummi terjumpa banyak pokok yang seakan-akan pokok pegaga. Pokok tu tumbuh liar dan daunnya sangat besar dan lebar seperti pegaga air di Malaysia.
Ummi cabut satu pokok yang rumpunnya masih kecil dan terus tanam di dalam pasu. Selepas tumbuh beberapa daun baru, barulah ummi perasan daunnya agak tebal jika dibandingkan dengan pegaga kampung dan pegaga air di Malaysia. Tak berani pula nak makan. Ummi namakan pokok ni pegaga Australia sementara nak cari nama sebenarnya. Tapi baunya memang sama dengan bau pegaga yang biasa kita makan.
Pegaga Australia berkongsi pasu dengan anak pokok trumpet
Selepas setahun, ummi terpaksa musnahkan pegaga di atas sebab terlalu cepat membiak dan ummi tak berani nak makan.
No comments:
Post a Comment