Saya dan keluarga dah berpindah ke Sydney. Mujurlah di belakang dan hadapan rumah ada tanah yang luas untuk teruskan hobi bercucuk tanam ni, kalau tidak boleh sasau....
Semasa di JB dulu, saya pernah tanam labu tapi cuma berputik aje, tak pernah berbuah sampai masak. Selepas pencarian di internet, barulah saya tahu, bunga labu perlukan bantuan pendebungaan untuk jadi buah. Kerana kekurangan ejen serangga pendebungaan seperti semut. Saya cuba debungakan bunga2 labu semasa di Sydney, dan alhamdulillah memang menjadi.
Saya tanam labu manis di belakang rumah, dan labu biru di laman depan.
Di bawah saya sertakan langkah2 mudah untuk pembuahan labu. Sebelum itu, kenali dulu bunga2 jantan dan betina labu.
Pokok labu biru ini, ni saya tanam dari biji. Beli buah untuk makan, ambil biji dan terus semai di dalam tanah. Pastikan tanah tu subur dan penuh bahan organik, serta kawasan tanah luas untuk labu menjalar. Selepas 2 minggu, labu mula mengeluarkan bunga2 jantan dan betina.
Langkah Debungakan Labu:
1. Ambil debunga dari bahagian dalam kelopak bunga jantan. Kumpul debunga jantan dengan berus lukisan/gigi, atau patahkan dan ambil semua bahagian debunga bunga jantan kerana serbuk debunga sangat halus dan susah untuk dikutip.
2. Masukkan keseluruhan debunga tadi ke dalam kelopak bunga betina yang sedang kembang. Kemudian ikatkan kelopak bunga betina supaya debunga jantan di dalamnya tidak terkeluar.
3. Tunggu dan lihat 2-3 hari selepas itu. Sekiranya putik mengecut dan layu, tandanya tidak berlaku pendebungaan. Sekiranya putik semakin sihat dan membesar, pendebunggan berjaya dan buah sudah dihasilkan.
Semasa di JB dulu, saya pernah tanam labu tapi cuma berputik aje, tak pernah berbuah sampai masak. Selepas pencarian di internet, barulah saya tahu, bunga labu perlukan bantuan pendebungaan untuk jadi buah. Kerana kekurangan ejen serangga pendebungaan seperti semut. Saya cuba debungakan bunga2 labu semasa di Sydney, dan alhamdulillah memang menjadi.
Saya tanam labu manis di belakang rumah, dan labu biru di laman depan.
Pokok labu manis yang ditanam di belakang rumah.
Pokok labu biru ini, ni saya tanam dari biji. Beli buah untuk makan, ambil biji dan terus semai di dalam tanah. Pastikan tanah tu subur dan penuh bahan organik, serta kawasan tanah luas untuk labu menjalar. Selepas 2 minggu, labu mula mengeluarkan bunga2 jantan dan betina.
Anak pokok labu biru.
Putik bunga betina yang belum kembang.
Bunga labu jantan, tiada putik dibawahnya. Serbuk kuning halus itulah debunga jantan
Langkah Debungakan Labu:
1. Ambil debunga dari bahagian dalam kelopak bunga jantan. Kumpul debunga jantan dengan berus lukisan/gigi, atau patahkan dan ambil semua bahagian debunga bunga jantan kerana serbuk debunga sangat halus dan susah untuk dikutip.
2. Masukkan keseluruhan debunga tadi ke dalam kelopak bunga betina yang sedang kembang. Kemudian ikatkan kelopak bunga betina supaya debunga jantan di dalamnya tidak terkeluar.
3. Tunggu dan lihat 2-3 hari selepas itu. Sekiranya putik mengecut dan layu, tandanya tidak berlaku pendebungaan. Sekiranya putik semakin sihat dan membesar, pendebunggan berjaya dan buah sudah dihasilkan.
Putik bunga betina kecut dan layu adalah tanda pendebungaan tidak berjaya. Dari pengalaman ummi, pendebungaan labu secara manual tidak berjaya kerana beberapa sebab.
1. Pendebungaan dibuat selepas hari hujan. Saya perhatikan selepas hujan, tunggul debunga jantan sudah licin, tiada lagi serbuk2 halus berwarna kuning. Debunga sudah terpercik keluar dari kelopak bunga.
2. Pendebungaan dibuat lama selepas bunga betina kembang. Sebaiknya pendebungaan dibuat pagi2 sebaik sahaja bunga betina kembang. Selepas itu, kadar untuk berjaya semakin kurang, apatah lagi bila kelopak bunga betina sudah kuncup.
3. Debunga jantan terkeluar dari kelopak bunga betina. Mungkin kelopak bunga betina tidak diikat kemas atau terbuka sendiri, maka debunga jantan mudah terkeluar dari kelopak.
4. Pendebungaan telah berjaya, tetapi putik yang ke3 atau lebih pada pokok yang sama akan layu dan gugur juga sebab kekurangan zat yang telah diambil oleh buah2 senior. Seeloknya hadkan sebiji atau 2 biji sahaja pada pokok yang sama.
Putik bunga betina semakin sihat dan segar tanda buah telah berjaya dihasilkan
Sudah sebesar mangkuk
Buah labu biru yang hampir masak.
Kulit warna biru kelabu akan bertukar oren bila sudah betul2 masak. Ini jenis labu yang boleh membesar berkali ganda jika diberi baja dan suhu yang sesuai. Di luar negara, kulit labu ini yang dikosongkan dan diukir untuk dijadikan rangka lampu halloween.
Labu biru tidak sesuai dijadikan lauk masak lemak atau pengat seperti labu manis kerana isinya hancur di dalam kuah. Ia lebih sesuai dilenyek untuk dijadikan pie, puding atau bingka.