Oct 23, 2012

Pokok Bendi Di Laman Rumah

Benih bendi ni ummi beli dari nurseri, dan terus semai dalam pasu kecil.  Sebahagian lagi ummi semai terus dlaam tanah kebun di luar pagar.


Hasilnya, semua anak pokok dalam pasu berjaya membesar dan ummi alih ke dalam tanah di laman rumah.  Anak2 pokok di kebun semua dah selamat dimakan siput babi. Ada sebatang pokok yang berjaya hidup pula, sudah ditamatkan riwayatnya oleh seekor anak anjing jiran.

Ini gambar pokok bendi di laman rumah.  Kedua-dua buah dalam gambar ni dah lebih 4 inci panjang, dah keras tak boleh dimakan lagi.  Rupanya buah bendi ni mesti dipetik sebaik panjang 2-3 inci, barulah lembut.


2 comments:

Unknown said...

salam....pokonyer comel tapi dah berbuah, seronokkan

mysmallgarden said...

memang seronok. Buah yang keras tu terus jadikan biji benih. Sekarang ada 4 pokok bendi di laman rumah sedang berbunga.