Oct 26, 2010

Ikan Akuarium dan Kolam UTM


Tak tahu ikan apa tapi dua ekor ni asyik kejar mengejar dan bergaduh laga mulut


Semua ikan di atas ni kongsi akuarium tahun 2009   cuma catfish aje yang masih bernyawa 2 tahun kemudian, tapi terlalu besar dan mengancam ikan2 kecik jadi dimasukkan ke dalam kolam ikan di depan rumah. 



tahun 2010, akuarium letak kat luar rumah tanpa pam, inilah antara ikan di dalamnya

Update Disember 2011:   Kami akan meninggalkan rumah ni.  Rasa penat nak angkut akuarium kaca tu jadi smeua ikan2 koi dan mas yang dah besar di akurarium, ummi lepaskan ke kolam ikan UTM.  Di situ nasibnya akan jadi lebih terbela.  Ikan catfish putih di dalam kolam pula sudah ada 3 ekor kawan, pun akan ditinggalkan saja di kolam tu.   Ummi berserah je pada Allah mudah-mudahan ikan2 tu semua selamat, lagipun cafish ni tahan lasak sikit, katak pun selalu bertelur di situ jadi banyak makanan.


Kolam ikan UTM

Ikan-ikan tersayang dari akuarium  di kolam UTM

Oct 24, 2010

Pokok Buah Bukan Tropika

Keratan anggur ni ambil dari Dol di Melaka tahun 2004 dulu kala.  Tapi tak pernah tanam kat tempat yang betul, lagipun asyik duduk berpindah randah.  Baru pokok nak menjalar dah pindah lagi.  Pernah sekali je berbunga 2 tahun lepas, tapi tak jadi buah.  Mungkin sebab tak berjaga betul2.  Cuma sentiasa pastikan ada batang pokok yang masih hidup lagi.

Kami berpindah rumah lagi, kali ni masuk rumah sendiri.  Ambik satu keratan, tanam dalam pasu dan kali ni cuba nak besarkan.  Mudah-mudahan berhasil.  Anak-anak suka makan ulam daun anggur ni, rasanya masam2 sikit.



Ini pokok avocado kedua yang ditanam.  Pokok pertama tua beberapa tahun, tetapi ditinggalkan di rumah lama (rumah sendiri).  Pernah jenguk beberapa kali, dah kurus kering dan tak sihat.  Pokok avocado ni baru berusia 2 tahun, dan ditanam dari biji.  Buah beli dari negeri Sabah.  Tak pasti benih asal dari mana.    Pokok ni dah diubah ke tempat lain sebab tempat asal tak cukup luas.  Tapi tak betul cara agaknya, terus mati.

Pokok avocado di rumah sendiri dah berusia 6 tahun, dah tinggi dan rendang.  Nampak daun dan batangnya sihat, tak sabar nak tunggu keluar bunga dan buah.




Pokok kurma ni disemai dari biji benih pada tahun 2008.Dah dua tahun umurnya. Biji dari kurma yang dibeli masa bulan Ramadhan, kemungkinan besar kurma Iran keluaran Yusof Tayyob.

Dah ada 2 lagi pokok kurma baru, yang kedua tanam tahun 2009 dan yang ketiga 2011.

Floras di Sekitar Rumahku

Bunga kertas ni sentiasa berbunga lebat semasa diletakkan di dalam pasu kecil. Bila
dipindahkan ke pasu besar, pokoknya terus membesar dan berdaun lebat, tanpa bunga.



Bunga kembang Sari Cina warna pink muda dan pink tua ni dulu  tumbuh subur
di atas tanah.  Satu hari seorang tukang kebun kontrak sudah meracun rumput - rumpai
keliling pokok termasuk di bawah pokok sekali.  Hasilnya, pokok bunga yang sedang
subur ini semakin layu dan akhirnya mati.  Tinggal bunga putih aje sekarang.


Bunga kuning yang tumbuh liar di sekeliling rumah


Sempat makan buah ceri ni beberapa kali sebelum pokok mati selepas dipangkas
 sampai ke pangkal.


Benih ulam raja kuning berlapis ini dapat dari jiran tahun 2002.  Bertahan dan beranak pinak sampai tahun 2009.  Pokok terakhir mati tanpa sempat keluarkan biji benih, sayang betul.

 Bunga ulam raja oren ni dibeli di Sungai Buluh, Selangor.  Sempatlah keluarkan biji benih beberapa kali dan ditanam dalam pasu.  Pokok di atas ni adalah generasi pertama selepas pokk induk mati. 

Oct 21, 2010

Pisang Montel di Kuarters UTM

Anak pokok pisang montel dibawa dari Taman Pulai Indah.  Buat masa ni pokok ni dah berbuah sekali, dan sekarang dah ada 4 anak.




Pokok pisang montel ni dah pun beranak-pinak, dan generasi pisang pertama dah mula berbuah pada bulan Oktober 2010, jarak 9 bulan dari ibunya. 




Bangunan latarbelakang tu ofis yang terletak dekat sangat dengan rumah.  Sebelum ni, kontraktor pasang pagar zink semasa bangunan tu masih dalam pembinaan.  Sekarang ni gigih tanam macam2 pokok yang boleh jadi pagar untuk menghalang aktiviti dalam rumah kami jadi panggung wayang percuma!

Oct 19, 2010

Pokok Mangga Chokanan

Mac 2009: Semasa mula-mula pindah masuk, tanah belakang rumah sangat keras, kering kontang, dan tak ditanam satu pokok pun.  Yang ada cuma rumput aje.  Nak cungkil tanah kena pakai parang, cangkul tak lut langsung.  Teringin nak tanam pokok mangga, beli sepokok yang tak diketahui jenisnya, cuma cam daunya tirus dan runcing.  Ada orang kata itu mangga epal.

Siram air banyak2, pastu cungkil - cungkil sampai bermandi peluh, akhirnya dapatlah lubang cetek 1 kaki persegi aje, cukup-cukup untuk letak sepasu akar pokok mangga.  Tabur segenggam tinja kambing di sekelilingnya.  Alhamdulillah hidup juga pokok mangga tu di bawah terik mentari, hingga akhirnya berbunga dan berbuah 3 bulan kemudian.  Rezeki namanya.



Musim pertama, ada 3 rumpun bunga mangga.  Setiap cabang berjaya menghasilkan sebiji buah aje, dan dari 3 biji buah tu, cuma sebiji aje yang berjaya bertahan sampai masak ranum.  Manisnya, rangup dan segar.  Lepas buah matang, barulah nampak rupanya saling tak tumpah buah2 mangga Chokanan yg banyak dipasaran.

Mac 2010:  Pokok mangga chokanan berbunga bagi musim kedua.  Setiap rumpun berbunga pada masa berbeza.  Kali ni dah beli kamera digital, bolehlah rakam setiap saat penting.  Gambar di bawah diambil pada hari yang sama, menunjukkan 4 rumpun putik bunga dalam berbagai peringkat.  Rumpun pertama baru nak keluar putik bunga, yg kedua putik semakin banyak keluar, rumpun ketiga dah keluar bunga, dan keempat  sesetengah kuntum bunga dah bertukar jadi putik buah.







Bukan semua putik bunga akan jadi putik buah, dan hampir semua putik buah pula akan gugur pada masa2 berlainan.  Ada yang gugur masa kecik lagi, ada semasa dah saiz guli, saiz telur ayam, sehingga akhirnya tinggal sebiji aje yang sempat besar sampai masak.  Tapi masyaallah rasanya sungguh sedap dan rangup, macam direndam dalam gula. Pokok ini kami tinggalkan pada tahun 2011 kerana pindah ke rumah sendiri.

Chokanan semasa kecil dan sudah matang


Di bawah ini pokok mangga di rumah nenek.   Pokok ni saya tanam semasa mengandungkan anak bungsu 7 bulan, bulan Ogos 2006.  Tahun 2008, pokok berbuah buat pertama kali. Selepas habis musim buah, saya cantas ranting2 untuk kawal ketinggian dan pembesaran pokok.  

Garisan merah tu tempat di mana dahan pokok di trim.  Jun 2009 semasa arwah atuk meninggal dunia, pokok mangga sedang berbuah sangat lebat buat kali kedua.



Tahun2 seterusnya sehinggalah pokok ini ditebang 10 tahun kemudian kerana mula dijangkiti penyakit, pokok ini sentiasa jadi latarbelakang gambar semasa hariraya.  Ini anak2 yang ditinggalkan di Malaysia semasa kami baru pindah ke Sydney.  Sekarang tempat ini nenek dah buat para pokok2 orkid kesayangannya.





Pokok Rambutan

Februari 2010:  Ada 3 pokok rambutan di sekitar rumah kuarters ni.  Dua pokok ditanam oleh penghuni sebelum ni, dari tingginya mungkin dah berusia lebih 3 tahun.  Malangnya satu darinya dah mati semasa diracun secara berlebihan oleh pekerja Bangla.  Racun tu patutnya untuk rumput rumpai, tak tau macammana sampai akar rambutan pun terjejas.  Satu pokok baru je ditanam 6 bulan yang lalu. 

Semasa lepas musim kemarau, pokok rambutan yang berusia 3 tahun berbunga buat pertama kali.  Penuh juga satu pokok dengan bunga.






April  2010, cuma 4 gugusan bunga rambutan berjaya jadi putik buah, yang lain2 kering macam tu je.  Selepas 3 minggu rumah ditinggalkan, 4 gugusan rambutan yg dah jadi putik buah tu lenyap macam tu je.  Mungkin dah kering dan mati. 

Julai 2010.  Nenek datang ke rumah sebab ada urusan di pejabat tanah Johor.  Masa jalan2 di keliling rumah, nenek terjumpa dua biji rambutan yang dah masak merah ... he heh eh. Buah2 tu rupanya terlindung di celah2 daun lebat. Tapi dua tu je lah. Cukuplah .. pengalaman berbuah kali pertama



May 2011:  Rambutan berbunga buat kali kedua.  Note:  Dahan yang pernah berbunga tahun lepas, kali ni tak berbunga.  Buah sangat banyak kali ini, hampir penuh pokok.   Bulan Ogos, iaitu sepanjang bulan Ramadhan, rambutan mula masak sebiji demi sebiji.  Tak masak serentak.  Alhamdulillah kami sempat makan beberapa biji yang masak awal.  Yang lain saya biarkan nak kumpul jadi betul2 merah dan banyak baru petik.


Satu hari masa baru balik kerja, pokok rambutan kami kosong,  takde buah walau sebiji pun. Buah yang masih hijau pun hilang!  Saya agak pemotong rumput Bangla yang selalu berada di sekitar rumah, sebab mereka pernah minta buah betik.  Saya kata ambik aje.  Ha biar betul kau ambik semua sekali.   Sebiji pun mereka tak tinggal pada kita.


Penghuni Kolam

Ini antara penghuni dalam kolam ikan.  Masa mula2 buat kolam, letak ikan2 dari akuarium macam ikan mas, guppy dan swordtail.  Ikan guppy dan swordtail memang berkembang biak dalam tu, asyik beranak je.  Kolam ni tak berfilter sebab takde power berdekatan.  Sebab tu air kena selalu ganti.  Kalau lama tak ganti, nanti air bertukar kaler kuning (kotor) atau hijau (alga dah tumbuh).



Selepas setahun, bosan jugak tengok ikan yang sama, beli 5 ekor anak ikan keli.  Tapi ikan keli ni pemalu, dia cuma keluar berenang kalau takde orang datang dekat.  Kalau ternampak orang/terdengar bunyi, cepat2 dia menyorok.  Jadi dapat ambik gambar dari jauh je, tu yang kecik dan kabur semacam.  Saiz anak ikan keli ni dah 6 inci.  Bila ikan keli dah masuk, ikan lain kena keluar, sebab dia makan ikan2 kecil dan serang ikan2 besar.

Masa lopak air penuh lepas hujan, seekor anak keli kena sauk dan dimasukkan ke situ bagi budak2 tengok dan sentuh.  Ikan keli sebenarnya suka air cetek.  Kalau kolam tu ada beberapa paras air, dia akan berenang ke tempat air tercetek.



Penghuni kolam terunik adalah sang kura2.  Tapi susah betul nak jaga kura2.  Kalau takde mood, dia tak nak makan, asyik menyorok bawah kayu.  Kalau ada masa, dia asyik carik jalan keluar dari kolam.  Akhirnya hilang jugak kura2 tu entah ke mana.


Oct 18, 2010

Tumbuhan Hiasan Kolam Ikan



update: kami kena keluar dari rumah kuarters tu bermula Jan 2012 sebab  sob sob sob ... ofis politik ha.  Selamat tinggal semua yang ummi bela dan tanam di sini, moga2 tuan baru nanti boleh jaga pokok2 dan ikan2 ummi dengan lebih baik lagi. Sayonara semua flora dan fauna  tersayang.