Oct 19, 2010

Pokok Mangga Chokanan

Mac 2009: Semasa mula-mula pindah masuk, tanah belakang rumah sangat keras, kering kontang, dan tak ditanam satu pokok pun.  Yang ada cuma rumput aje.  Nak cungkil tanah kena pakai parang, cangkul tak lut langsung.  Teringin nak tanam pokok mangga, beli sepokok yang tak diketahui jenisnya, cuma cam daunya tirus dan runcing.  Ada orang kata itu mangga epal.

Siram air banyak2, pastu cungkil - cungkil sampai bermandi peluh, akhirnya dapatlah lubang cetek 1 kaki persegi aje, cukup-cukup untuk letak sepasu akar pokok mangga.  Tabur segenggam tinja kambing di sekelilingnya.  Alhamdulillah hidup juga pokok mangga tu di bawah terik mentari, hingga akhirnya berbunga dan berbuah 3 bulan kemudian.  Rezeki namanya.



Musim pertama, ada 3 rumpun bunga mangga.  Setiap cabang berjaya menghasilkan sebiji buah aje, dan dari 3 biji buah tu, cuma sebiji aje yang berjaya bertahan sampai masak ranum.  Manisnya, rangup dan segar.  Lepas buah matang, barulah nampak rupanya saling tak tumpah buah2 mangga Chokanan yg banyak dipasaran.

Mac 2010:  Pokok mangga chokanan berbunga bagi musim kedua.  Setiap rumpun berbunga pada masa berbeza.  Kali ni dah beli kamera digital, bolehlah rakam setiap saat penting.  Gambar di bawah diambil pada hari yang sama, menunjukkan 4 rumpun putik bunga dalam berbagai peringkat.  Rumpun pertama baru nak keluar putik bunga, yg kedua putik semakin banyak keluar, rumpun ketiga dah keluar bunga, dan keempat  sesetengah kuntum bunga dah bertukar jadi putik buah.







Bukan semua putik bunga akan jadi putik buah, dan hampir semua putik buah pula akan gugur pada masa2 berlainan.  Ada yang gugur masa kecik lagi, ada semasa dah saiz guli, saiz telur ayam, sehingga akhirnya tinggal sebiji aje yang sempat besar sampai masak.  Tapi masyaallah rasanya sungguh sedap dan rangup, macam direndam dalam gula. Pokok ini kami tinggalkan pada tahun 2011 kerana pindah ke rumah sendiri.

Chokanan semasa kecil dan sudah matang


Di bawah ini pokok mangga di rumah nenek.   Pokok ni saya tanam semasa mengandungkan anak bungsu 7 bulan, bulan Ogos 2006.  Tahun 2008, pokok berbuah buat pertama kali. Selepas habis musim buah, saya cantas ranting2 untuk kawal ketinggian dan pembesaran pokok.  

Garisan merah tu tempat di mana dahan pokok di trim.  Jun 2009 semasa arwah atuk meninggal dunia, pokok mangga sedang berbuah sangat lebat buat kali kedua.



Tahun2 seterusnya sehinggalah pokok ini ditebang 10 tahun kemudian kerana mula dijangkiti penyakit, pokok ini sentiasa jadi latarbelakang gambar semasa hariraya.  Ini anak2 yang ditinggalkan di Malaysia semasa kami baru pindah ke Sydney.  Sekarang tempat ini nenek dah buat para pokok2 orkid kesayangannya.





Pokok Rambutan

Februari 2010:  Ada 3 pokok rambutan di sekitar rumah kuarters ni.  Dua pokok ditanam oleh penghuni sebelum ni, dari tingginya mungkin dah berusia lebih 3 tahun.  Malangnya satu darinya dah mati semasa diracun secara berlebihan oleh pekerja Bangla.  Racun tu patutnya untuk rumput rumpai, tak tau macammana sampai akar rambutan pun terjejas.  Satu pokok baru je ditanam 6 bulan yang lalu. 

Semasa lepas musim kemarau, pokok rambutan yang berusia 3 tahun berbunga buat pertama kali.  Penuh juga satu pokok dengan bunga.






April  2010, cuma 4 gugusan bunga rambutan berjaya jadi putik buah, yang lain2 kering macam tu je.  Selepas 3 minggu rumah ditinggalkan, 4 gugusan rambutan yg dah jadi putik buah tu lenyap macam tu je.  Mungkin dah kering dan mati. 

Julai 2010.  Nenek datang ke rumah sebab ada urusan di pejabat tanah Johor.  Masa jalan2 di keliling rumah, nenek terjumpa dua biji rambutan yang dah masak merah ... he heh eh. Buah2 tu rupanya terlindung di celah2 daun lebat. Tapi dua tu je lah. Cukuplah .. pengalaman berbuah kali pertama



May 2011:  Rambutan berbunga buat kali kedua.  Note:  Dahan yang pernah berbunga tahun lepas, kali ni tak berbunga.  Buah sangat banyak kali ini, hampir penuh pokok.   Bulan Ogos, iaitu sepanjang bulan Ramadhan, rambutan mula masak sebiji demi sebiji.  Tak masak serentak.  Alhamdulillah kami sempat makan beberapa biji yang masak awal.  Yang lain saya biarkan nak kumpul jadi betul2 merah dan banyak baru petik.


Satu hari masa baru balik kerja, pokok rambutan kami kosong,  takde buah walau sebiji pun. Buah yang masih hijau pun hilang!  Saya agak pemotong rumput Bangla yang selalu berada di sekitar rumah, sebab mereka pernah minta buah betik.  Saya kata ambik aje.  Ha biar betul kau ambik semua sekali.   Sebiji pun mereka tak tinggal pada kita.