Jun 23, 2013

Pokok Labu Di Luar Pagar




Pokok labu ini ditanam dari biji.  Biji ambil dari buah yang dibuat sayur.   Pokok labu kami,  rajin berbunga dan berputik, tapi tak pernah sempat membesar, mungkin faktor tanah ia ditanam yang sempit dicelah antara dua lantai simen di belakang rumah.

Tanah pun cuma debu dan pasir, tiada unsur organik.  Pokok ini ummi biarkan menjalar di luar pagar kerana daunnya yang lebar dan pokoknya yang menjalar di sana sini nampak serabut di dalam pagar yang sempit tu.


Selepas beberapa kali buah labu gugur semasa baru sebesar bola ping pong, ummi putuskan untuk buat sayur pucuk dan putik labu aje, lagi berbaloi dan tak membazir.   Pucuk2 dan putik labu ni ummi buat sayur lemak manis.



Edited:  lepas pindah Sydney baru tahu bunga labu jantan dan betina mesti dikahwinkan untuk pembuahan.  Putik bulat2 macam ping pong itu bukan buah, tetapi ovari bunga betina yang akan layu jika tidak didebungakan. 

Lihat langkah mudah yang ummi buat supaya putik labu lekat dan membesar;

Pokok Timun Menjalar di Pagar





Pokok Naga (Dragonfruit) Tanam dari Biji Benih Akhirnya Berbuah













Jan 22, 2013

Serangga dan Haiwan Kecil di Kebunku

Ulat beluncas makan daun limau purut.


Ulat beluncas Australia makan buah tomato muda.



Burung magpie  makan serangga kecil


Parrots makan biji bunga matahari

Pokok Pegaga Kampung dan Pegaga Australia

Ummi suka tanam dan makan  pokok pegaga kampung sebab rasanya lebih sedap dari pegaga air.  Pokok ni mudah tumbuh di pasu yang lembap dan berair.  Ini pokok pegaga kampung yang ummi tanam di Pulai Indah, Johor.  Akarnya ummi dapat semasa beli pegaga di pasar besar Taman U, Skudai.


Tak sangka semasa berjalan2 di kawasan hutan  di Sydney, ummi terjumpa banyak pokok yang seakan-akan pokok pegaga.  Pokok tu tumbuh liar dan daunnya sangat besar dan lebar seperti pegaga air di Malaysia.

Ummi cabut satu pokok yang rumpunnya masih kecil dan terus tanam di dalam pasu.  Selepas tumbuh beberapa daun baru, barulah ummi perasan daunnya agak tebal jika dibandingkan dengan pegaga kampung dan pegaga air di Malaysia.   Tak berani pula nak makan.  Ummi namakan pokok ni pegaga Australia sementara nak cari nama sebenarnya.  Tapi baunya memang sama dengan bau pegaga yang biasa kita makan.


Pegaga Australia berkongsi pasu dengan anak pokok trumpet

Selepas setahun, ummi terpaksa musnahkan pegaga di atas sebab terlalu cepat membiak dan ummi tak berani nak makan.