Oct 23, 2012

Pokok Bendi Di Laman Rumah

Benih bendi ni ummi beli dari nurseri, dan terus semai dalam pasu kecil.  Sebahagian lagi ummi semai terus dlaam tanah kebun di luar pagar.


Hasilnya, semua anak pokok dalam pasu berjaya membesar dan ummi alih ke dalam tanah di laman rumah.  Anak2 pokok di kebun semua dah selamat dimakan siput babi. Ada sebatang pokok yang berjaya hidup pula, sudah ditamatkan riwayatnya oleh seekor anak anjing jiran.

Ini gambar pokok bendi di laman rumah.  Kedua-dua buah dalam gambar ni dah lebih 4 inci panjang, dah keras tak boleh dimakan lagi.  Rupanya buah bendi ni mesti dipetik sebaik panjang 2-3 inci, barulah lembut.


Sep 20, 2012

Akuarium 2012

Dalam akuarium ikan yang diletakkan di ofis ni, betul2 di tepi meja komputer, ada beberapa jenis ikan.  Mula-mula Ummi letak 1 ikan guppy jantan dan 2 ekor guppy betina kuning cair.    1 platy jantan kuning ekor merah, dan 3 platy betina   warna biru pekat, kuning berjalur biru ekor merah, dan putih berjalur kelabu ekor oren.  Semua guppy dan platy ni susah nak ambil gambar candid sebab pemalu atau laju yang amat.


Ada juga sepasang satu swordtail jantan dan 2 betina.   Kemudian sepasang  molly biasa, jantan  warna oren cair dan betina hitam pekat.    Akhir sekali, 1 ballon molly jantan oren pekat dan 3 ballon molly betina oren cair.

Semua ikan jantan terpaksa diletakkan seekor saja untuk setiap jenis.  Dulu pernah letak lebih dari seekor, tapi yang paling dominan akan kejar dan kejar sampai ikan2 yang lebih lemah akan menyorok je kat celah kayu.  Tapi yang bagusnya, ikan dominan ni tak kejar ikan dari jenis berbeza.  Jadi mereka boleh hidup aman damai asalkan tak sejenis.


Sebenarnya dulu ada satu lagi molly biasa betina warna putih, tapi ikan ballon molly jantan asyik kejar aje sehingga molly putih tu kena menyorok sepanjang masa.  Mistaken identity, agaknya dia ingat si putih tu ikan jantan macam dia.


Tapi ballon molly jantan ini pun tamak juga, dah ada 3 isteri ballon molly, masih nak mengorat ikan molly hitam.   Mungkin dalam sebulan lagi, keluarlah anak2 molly campuran oren dan hitam.  Tak sabar nak lihat hasilnya, sebab bapak ballon molly, emak bukan.

Jadi ummi dah keluarkan semua ikan2  lemah termasuk molly putih dan letak dalam tong air kat belakang rumah.  Tong itu tempat simpanan air untuk siram pokok.   Selain molly, guppy, swordtail dan platy, ikan sepat pun ada 3 ekor.   Semasa air dicedok, ummi akan masukkan air baru ke dalam tong melalui paip. 

Update 1 Oktober 2012:

Baru perasan ada 5 - 6 ekor (mungkin lebih) baby molly warna hitam dalam akuarium.  Sebelum ni tak nampak sebab warna molly tu sama dengan warna batu-batu hitam dalam tu, dan saiz baby molly tu lebih kecil dari batu.

Warna semua hitam pekat, tak tau sapa bapaknya sebab tak ada molly jantan hitam dalam akuarium ni.

Update 11 Oktober 2012

Ikan molly putih dah dimasukkan semula ke akuarium sebab ikan2 molly di dalam tong air dah mati satu demi satu.    Ballon molly jantan berwarna oren pekat nampaknya begitu galak kejar ikan2 molly yang lain.  Semua ikan molly betina tu dia cuba pikat kecuali molly putih yang malang. Asyik kena kejar dan kena patuk seolah2 ia ikan jantan.  Molly putih di sudut bawah, berenang jauh dari molly jantan oren yang agresif tu.


Jul 15, 2012

Sayur-sayuran Berdaun

Banyak sayur berdaun di belakang rumah kami.  Pokok kesum ini ditanam di dalam pasu berair dan di atas tanah.  Di dalam pasu berair, ruas batangnya nampak lebih pendek dan kuat, dan daunnya lebar dan pendek.  Di atas tanah, batangnya lebih kurus dan panjang, dan daun kesum lebih tirus dan panjang.

Pokok kesum di dalam pasu berair berkongsi pasu dengan pokok kangkung sebab masa kecil lagi nampak pasu kosong aje.  Mungkin terpaksa alih pasu lain tak lama lagi.  Perbezaan tu tak nampak sangat dalam gambar di bawah.

                             Kesum dalam pasu                                          Kesum atas tanah

Pokok yang rancak berdaun sepanjang ramdhan dan syawal ni termasuklah pokok limau purut, cekur, kari dan kunyit.  Ada yang tanam atas tanah, ada yang dalam pasu.  Masa raya tempohari, buat rendang dan sambal bali.  Daun kari, limau purut dan kunyit ambik je dari pokok.  Tapi serai kena beli sebab pokok yang ditanam belum menjadi lagi, masih kurus-kurus batangnya. Pokok cekur ni tak reti nak masak apa sebab tak pernah makan.  Pokoknya sentiasa hidup dalam pasu walau tak jaga, sebab ubinya dah banyak.






Buah Ajaib - Miracle Fruit

Pokok ini diberi nama buah ajaib.  Dikatakan lepas makan buah ini, kemudian makan benda yang masam takkan terasa masam lagi.  Oh tak sabar nak test try.   Bulan Jun 2012, pokok ni mula keluar putik bunga dan bila bunga putih kecil jatuh, tinggal putik2 kecil seperti dalam gambar.  Harap2 putik2 ini akan bertukar jadi buah yang boleh dimakan.



Dalam berpuluh-puluh putik bunga tu, cuma dua putik je yang berjaya jadi buah.   Kena berguru nampaknya macammana nak dapat buah yang lebat.



Jun 27, 2012

Tomato di Belakang Rumahku

Benih tomato ni dapat dari buah yang dibeli di pasar, disemai sekitar Disember 2011.   Cukup baja, selalu siram, cepat aje dia berbunga dan keluar putih buah.  3 bulan selepas ditanam, sudah berbuah dan boleh dimakan.



Kacang Panjang Renek di Belakang Rumahku

Kami dah pindah ke rumah asal, rumah teres 2 tingkat di bahagian tengah.  Adalah sikit tanah 4 kaki lebar di belakang rumah untuk bercucuk tanam sayur.  Kebanyakannya ummi mulakan di dalam pasu.

Sayur kacang panjang renek ini, benihnya nenek yg dapat dari taman herba di Pagoh.


Pokok kacang panjang semasa mula-mula mengeluarkan hasil dan hampir sebulan kemudian.   


Pokok ini memerlukan tanah yang subur, selalu disiram, dan baja yang cukup, kalau tak dia kering dan mati.  Usianya pun tak panjang.

Budak-budak suka ratah sayur kacang panjang ni terus dari pokok.  Jadi memang tak sempat buat masak lagi.   Kalau nak buat masak sayur, kena tanam pokok ni lebih dari satu.

Ummi masih simpan biji benihnya, mana tau kalau2 rajin nak tanam semula.


Update Okt 2012:

ini adalah gambar pokok kacang terbaru ummi.   Pokok ni dah mati pun sekarang dan ummi tengah semai anak2 benih yang baru.  Kelemahan pokok kacang renek ni ialah hayat dia tak sepanjang kacang panjang biasa, tapi sesuai sangat untuk mereka yang tak ada tanah kebun sendiri sebab boleh tanam dalam pasu.