Sep 19, 2021

Bunga Sakura di Belakang Rumah?



Pada awal musim bunga, bagaikan mimpi tiba2 ada pokok berbunga indah di belakang rumah.



Pokok Apakah Ini?

Pokok ini tumbuh sendiri dari biji tahun 2017.  Tak pernah dijaga.   Pokok ini dibiarkan sahaja tak pernah diperhati, disiram atau diberi baja sehingga tahun 2021.

Pokok yang tak pernah dijaga ini naik tinggi dan subur semasa musim panas Jan 2021.  Ketika ini, saya sudah syak ia adalah sejenis pokok buah. Masuk musim sejuk Jun 2021, semua daunnya gugur.  Tiba2 pada tarikh 28 Ogos 2021 yang lepas, muncul beberapa putik bunga pink di rantingnya.




Berapa hari kemudian, pokok dipenuhi bunga dari warna pink cair pada hari pertama, dan semakin pekat pada hari2 seterusnya.







Waktu paling cantik, ialah bila keseluruhan pokok dipenuhi bunga.








16 September 2021  Selepas dua minggu dari tarikh putik bunga keluar, kelopak2 bunga mula gugur dan terserlah putik buah kecil di bawahnya.




28 Sept 2021: hari ke16  sejak putik buah terbentuk. Ketika ini, berdasarkan gambar2 daun, bunga dan buah di google, saya yakin ini adalah pokok nectarine.




5 Oktober 2021
Gambar2 di atas  ialah putik2 kecil buah nectarine, yang akan membesar jadi buah seperti gambar di bawah. Buah nectarine matang saiznya besar sikit dari buah kiwi.



Buah2 yang terdedah cahaya matahari berwarna maroon, dan yang tersorok dibawah dedaun berwarna hijau.




6 November 2021
Saya pulang ke Malaysia selama  2 bulan dan tak dapat lihat perkembangan buah nectarine seterusnya.  Difahamkan buah nectarine akan  masak antara 1 hingga 2 bulan lagi,  antara Disember 2021 dan  Januari 2022.

Video ini diambil pada bulan Nov sebelum kami terbang pulang.