Sydney biasanya kering dan kemarau, jadi suasana hijau ni memang jarang2 terjadi. Saya abadikan suasana hijau yang 'rare' ini untuk tatapan anak cucu.
Video ni diambil selepas beberapa hari tiba dari Malaysia selepas bercuti 2 minggu. Sebelum ini risau siapa nak jaga pokok2 semasa saya tiada di rumah, pesan berulang kali pada anak2 untuk siram pokok setiap hari sebab cuaca yang kering. Tak sangka sepanjang saya tiada, hujan turun berterusan selama 2 minggu.
Antara pepohon yang ada di kebun waktu ni, paw paw, betik, cosmos, asparagus, serai, karot, dan strawberi.