Musim Panas 2022
Sejarah Pisang Nipah dari tahun 2016
Anak pokok pisang nipah ni dapat dari jiran kami, benih dari Vietnam yang sudah lama dibawa semasa keturunan mereka berhijrah ke Australia. Di Australia, pisang ini dipanggil Lady Finger Banana.
Sekarang dah tak boleh bawa anak benih pokok dari luar, memang kena campak buang di imigresen Sydney. Kena denda beratus dollar, dan kalau pelancung, mungkin dihantar pulang.
Anak pisang ditanam bermula bulan Mei 2016, saya agak umurnya antara 3 - 5 bulan. Semasa pokok dah setinggi siling rumah pada permulaan musim panas Disember 2017, saya cantas separas pinggang. Nampak pokok jiran terlalu kurus dan tinggi semasa pisang berbuah.
Pokok yang dicantas baru keluar 5 helai daun semasa jantung pisang muncul pada 8 April 2018, lebih kurang 2 tahun selepas ditanam dan 4 bulan selepas pokok dicantas.
Sisir buah pertama muncul sebulan kemudian. Malangnya buah keluar pada bulan Mei yang sudah mula sejuk di Sydney. Sempat 3 sisir sahaja yang keluar, sisir ke 4 terus kering hitam, gugur tak jadi buah sebab malam sudah terlalu sejuk sekitar 10 °Celcius.
Induk sudah keĺuar jantung, dan anak2 pisang
Sisir buah pertama muncul sebulan kemudian. Malangnya buah keluar pada bulan Mei yang sudah mula sejuk di Sydney. Sempat 3 sisir sahaja yang keluar, sisir ke 4 terus kering hitam, gugur tak jadi buah sebab malam sudah terlalu sejuk sekitar 10 °Celcius.
Akhir bulan Mei 2018, buah pisang masih kecil lagi. Buah terus terhenti pembesaran sepanjang 3 bulan musim sejuk antara Jun dan Ogos 2018. Tunggu apa akan jadi selepas tamat musim sejuk.
Update Oktober 2018
Rupa dan saiz buah pisang sekarang sama serupa seperti bulan Mei, kecuali semua daun dan batang sudah kering. Warna hijau muda buah sudah bertukar hijau kusam. Saya tunggu sebulan, masih sama tiada perubahan saiz dan warna.
Oleh kerana batang pisang sudah betul2 uzur dengan daun kering coklat, terpaksalah potong juga buah dan simpan dulu sehari dua. Barulah nampak ada perubahan warna nampak macam nak masak, saiz tetap sama. Bila kelopak pisang dibuka, syukurlah buahnya sudah lembut dan boleh dimakan. Bau, texture, dan rasa sama seperti buah pisang nipah di Malaysia.
Jan 2019
Tahun ini adalah tahun ketiga kemarau di nsw, dan tahun ini musim panasnya sangat kering, sangat panas sehingga pernah mencapai 48 ° Celcius.
Anak pisang pertama yang tumbuh Mei 2017, keluar jantung pada akhir Mei 2019. Tetapi pokok yang kurang subur akibat kemarau, ditambah buah keluar semasa hampir musim sejuk, buatkan buah pisang yang terhasil pun sangat kecil, terbantut keras dan tak boleh dimakan.
September 2019, setelah musim sejuk berakhir, semua daunnya mati kering, batang pisang lemah, dan buahpun keras tanpa isi, saya tebang pokok pisang ini dan buat baja pisang organik sahaja. Cincang2 dan tanam dalam tanah yang bakal dijadikan batas strawberi.
Bermula Sept 2019 hingga Dis 2019, berita di media dan TV pastilah tentang kebakaran hutan. Kerana jerebu dan habuk hitam di udara, index uv pun sentiasa diparas bahaya, saya jarang keluar ke kebun ketika ini dan gambar pisang langsung tiada.
Gambar matahari dari jauh dan close up.
Jelaga2 hitam dari hutan2 terbakar di sekitar Sydney kerap jatuh di atas dedaun dan buatkan pokok2 termasuk pisang kurang subur. Apatah lagi pisang sukakan air yang banyak. Setakat sebaldi dua air setiap hari cuma cukup2 untuk teruskan hidup sahaja. Ration air juga dimulakan bila paras air di empangan sudah jatuh ke paras minimum.
Tahun lepas, umat Islam di Sydney buat solat sunat memohon hujan bila petani2 di pedalaman kehilangan hasil pertanian dan ternakan akibat kemarau. Tahun ini, buat solat sunat memohon hujan kerana kebakaran hutan yang seolah2 tak akan berhenti selepas berbulan lamanya.
Hanya Allah yang dapat padamkan
api yang sedang marak ini
Update 2020
Alhamdulillah, setelah berbulan2 panas kering dan kebakaran besar di hutan2 sekitar Sydney, Allah turunkan hujan lebat sehingga banjir sedikit di kawasan perumahan saya pada awal Januari, Feb, dan Mac 2020. Hujan lebat selama lebih seminggu akhirnya memadamkan semua api yang masih tersisa di hutan.
Anak pisang kedua yang tumbuh Feb 2018, mula keluar jantung pada Feb 2020 dan kali ini ada 5 sisir pisang, sempat membesar dan tuai pada Sept 2020. Kecil sedikit dari pisang nipah di Malaysia tapi sedap. Dapatlah buat pisang goreng dan berkongsi dengan jiran tetangga.
Tulisan berlatar kuning adalah tarikh
lahir pohon pisang. Pohon paling tua
dah berusia hampir dua tahun.
Anak pisang ketiga tumbuh Mei 2019. Tetapi semakin lama daunnya semakin kecil dan tidak membesar. Disember 2019, saya cangkul ia sehingga ke akar dan pindah tanam di sebelah pokok betik. Barulah dia mahu meninggi sedikit dan tumbuh daun2 baru.
Dalam gambar2 di atas, nampak daunnya kecil sahaja terselit di bawah pokok betik. Anak2 pisang ke 4 dan ke 5 yang tumbuh kemudian pada Oktober 2019 dan Jan 2020 pun sudah lebih subur daripadanya.
Update 2022
Tiada pokok pisang berbuah pada tahun 2021, sebab pokok yang tumbuh Mei 2019 dan sepatutnya sudah berusia 2 tahun dan patut berbuah, masih terbantut kecil lagi. Satu lagi pokok pisang terbantut ialah yang lahir Okt 2020. Sehingga kini masih kecil lagi. Pokok2 yang tumbuh kemudian pun sudah besar darinya.
Pokok2 pisang kali ini sangat subur kerana hujan mencurah2 setiap bulan bermula Jan 2022. Sydney dan pantai2 sekitanya mendapat hujan yang sangat banyak ketika ni. Sama seperti di Malaysia, beberapa tempat berdekatan sungai mendapat banjir kilat beberapa hari tahun ini.
Pokok pisang yang tumbuh Okt 2019, hanya mula keluar jantung pada Jan 2022. Di bawah gambar perkembangan tandan pisang dari mula hingga kini. Pada bulan Mei, buahnya sudah nampak berisi dan besar, seperti pisang nipah di Malaysia.
Perkembangan pada bulan Mei sangat penting kerana biasanya itulah saiz maksimum buah pisang. Pembesaran terhenti sepanjang musim sejuk bermula Jun, dan pisang akan mula masak bila cuaca panas semula bermula September. Saiznya takkan membesar lagi selepas 'tidur' 3 bulan.
Masyaallah, ada 5 anak pisang sedang membesar ketika ini dan ada 2 anak pisang bantut yang saya agak takkan membesar, tetapi masih hidup. Gambar di bawah, saya label tarikh lahir masing2. Yang tak nampak, pisang yang sedang berbuah dan pokok bantut yg lahir Mei 2019.