Pokok labu ini ditanam dari biji. Biji ambil dari buah yang dibuat sayur. Pokok labu kami, rajin berbunga dan berputik, tapi tak pernah sempat membesar, mungkin faktor tanah ia ditanam yang sempit dicelah antara dua lantai simen di belakang rumah.
Tanah pun cuma debu dan pasir, tiada unsur organik. Pokok ini ummi biarkan menjalar di luar pagar kerana daunnya yang lebar dan pokoknya yang menjalar di sana sini nampak serabut di dalam pagar yang sempit tu.
Selepas beberapa kali buah labu gugur semasa baru sebesar bola ping pong, ummi putuskan untuk buat sayur pucuk dan putik labu aje, lagi berbaloi dan tak membazir. Pucuk2 dan putik labu ni ummi buat sayur lemak manis.
Edited: lepas pindah Sydney baru tahu bunga labu jantan dan betina mesti dikahwinkan untuk pembuahan. Putik bulat2 macam ping pong itu bukan buah, tetapi ovari bunga betina yang akan layu jika tidak didebungakan.
Lihat langkah mudah yang ummi buat supaya putik labu lekat dan membesar;