Sep 20, 2012

Akuarium 2012

Dalam akuarium ikan yang diletakkan di ofis ni, betul2 di tepi meja komputer, ada beberapa jenis ikan.  Mula-mula Ummi letak 1 ikan guppy jantan dan 2 ekor guppy betina kuning cair.    1 platy jantan kuning ekor merah, dan 3 platy betina   warna biru pekat, kuning berjalur biru ekor merah, dan putih berjalur kelabu ekor oren.  Semua guppy dan platy ni susah nak ambil gambar candid sebab pemalu atau laju yang amat.


Ada juga sepasang satu swordtail jantan dan 2 betina.   Kemudian sepasang  molly biasa, jantan  warna oren cair dan betina hitam pekat.    Akhir sekali, 1 ballon molly jantan oren pekat dan 3 ballon molly betina oren cair.

Semua ikan jantan terpaksa diletakkan seekor saja untuk setiap jenis.  Dulu pernah letak lebih dari seekor, tapi yang paling dominan akan kejar dan kejar sampai ikan2 yang lebih lemah akan menyorok je kat celah kayu.  Tapi yang bagusnya, ikan dominan ni tak kejar ikan dari jenis berbeza.  Jadi mereka boleh hidup aman damai asalkan tak sejenis.


Sebenarnya dulu ada satu lagi molly biasa betina warna putih, tapi ikan ballon molly jantan asyik kejar aje sehingga molly putih tu kena menyorok sepanjang masa.  Mistaken identity, agaknya dia ingat si putih tu ikan jantan macam dia.


Tapi ballon molly jantan ini pun tamak juga, dah ada 3 isteri ballon molly, masih nak mengorat ikan molly hitam.   Mungkin dalam sebulan lagi, keluarlah anak2 molly campuran oren dan hitam.  Tak sabar nak lihat hasilnya, sebab bapak ballon molly, emak bukan.

Jadi ummi dah keluarkan semua ikan2  lemah termasuk molly putih dan letak dalam tong air kat belakang rumah.  Tong itu tempat simpanan air untuk siram pokok.   Selain molly, guppy, swordtail dan platy, ikan sepat pun ada 3 ekor.   Semasa air dicedok, ummi akan masukkan air baru ke dalam tong melalui paip. 

Update 1 Oktober 2012:

Baru perasan ada 5 - 6 ekor (mungkin lebih) baby molly warna hitam dalam akuarium.  Sebelum ni tak nampak sebab warna molly tu sama dengan warna batu-batu hitam dalam tu, dan saiz baby molly tu lebih kecil dari batu.

Warna semua hitam pekat, tak tau sapa bapaknya sebab tak ada molly jantan hitam dalam akuarium ni.

Update 11 Oktober 2012

Ikan molly putih dah dimasukkan semula ke akuarium sebab ikan2 molly di dalam tong air dah mati satu demi satu.    Ballon molly jantan berwarna oren pekat nampaknya begitu galak kejar ikan2 molly yang lain.  Semua ikan molly betina tu dia cuba pikat kecuali molly putih yang malang. Asyik kena kejar dan kena patuk seolah2 ia ikan jantan.  Molly putih di sudut bawah, berenang jauh dari molly jantan oren yang agresif tu.